Edisi Braces - AFrhn

Thursday, September 28, 2017

Edisi Braces


I am approaching the end of my two years being a braceface (tu pun kalau nanti bulan 12 gigi dah rapat semua dan bekerjasama, kalau tak, extend leerrr jawabnya)






Untuk senangkan yang tak berapa tahu lagi pasal braces tapi bercita cita nak pakai, meh I bagi guidelines sikit. 
(Disclaimer : I bukan dentist/student dentistry, I cakap berdasarkan pengalaman ja okay)



1// Cari klinik yang disukai

Ini penting okay. Baca review review klinik klinik, buat list klinik klinik pilihan hati, tanya harga apa semua sebab you are going to commit to the same dental clinic for many yearsss maka sangatlahhhh penting untuk suka klinik tu. Nanti dah ada pilihan, jumpa dentist tu, dia akan terangkan semua benda. 



2// X-Ray + Mould gigi

Dekat klinik I pergi tu, I kena pergi x-ray kat hospital lain, nanti dia bagi referral letter, pergi ja hospital tu untuk x-ray. Mould gigi pulak dia buat kat klinik yang sama. Yang ni akan rasa tak selesa ja sebab bahan acuan gigi tu. Tak selesa tapi tak sakit jangan risau beb.






3// Cabut gigi

Kalau dentist cakap tak payah cabut gigi, sila lah sujud syukur sekarang. Kalau dia cakap kena cabut gila, hmph boleh dah buat preparation mental dan fizikal sebab bagi I, cabut gigi ni part paling sakit. Dulu I punya postpone la nak buat braces sebab I takut nak cabut gigi. Masa I dah cabut gigi tu, kesakitan lepas bius hilang tu buat I stress dengan diri sendiri sebab takdak penyakit cari penyakit! Gigi sihat dan kuat kot, bila cabut memang lain macam la sakit dia.



4// Pasang braces

Aaaa pasang braces ni taktau nak cerita apa. Korang nganga ja sementara dentist asyik gerodek mulut korang. Tak sakit pun tapi lepas dah ada braces dalam mulut, dia macam eh peliknya what is dis. Pengalaman I sendiri, dulu sebelum pakai orang cakap nanti bila dah pakai braces tiba tiba jadi pelat "s", cakap pelat apa semua tu. Tapi dusta semata mata. Kalau korang tetiba jadi macam tu, taktau la nak cakap apa hue hue hue sowi.


Oh ha! I boleh tutup mulut, so walaupun ada braces dalam mulut, I tak la ternganga 24/7 macam 7Eleven open 24 hours.



5// Ketatkan tiap tiap bulan

Appoinment tiap tiap bulan kena pergi tau kalau tak makin lama la tempoh pakai braces, dah la makin lama tempoh pakai braces, kena marah pulak tu dengan dentist. Ketatkan ni sakit sikit la tapi dia bearable. Ada bulan bila I ketatkan, I tak boleh makan solid food seminggu, kalau degil makan jugak, dia punya sakit tu rasa nak menangis. Ada bulan pulak, lepas ja ketatkan, esoknya tu I dah boleh makan nasik lemak ayam berempah. Ada bulan pulak asyik naik ulcer sampai kena letak wax berlambak dekat brackets.


*wax ni untuk cover sharp edges kat braces sebab kalau tak nanti jadi ulcer.



6// Elastic rubber band




Yang ni kedua sakit selain dari cabut gigi. Sakit ooiii. Dah la tak selesa, nak bukak mulut pun sakit okay, merasa lah jadi pendiam sebulan dua. Yang ni nanti nak makan kena bukak, kalau taknak bukak pun takpa tapi tak selesa la nangis la hang situ sorang sorang. Lepas makan kena pakai balik tau. Masa I kena pakai ni, dentist I asyik pesan "awak kena pakai tau, kena disiplin! Ingat tau!"


Dia asal kecik ja elastic rubber band ni, tapi dari kecik tu kena tarik sampai macam tu. faham faham la sengal mulut gusi semua macam mana.


Ni masa ni tengah pakai elastic rubber band tu la, jangan tertipu dengan senyuman tu padahal sakit wkwkwkw sian.


Yang tu ja kot yang I ingat buat sementara ni, nanti kalau I ingat, I update lagi. Selamat pakai braces, people. Jangan pakai braces sebab nak nampak cool tau, dan jauhi fake braces.



No comments: