[TRIP] Zoo Taiping, MY - AFrhn

Wednesday, July 05, 2017

[TRIP] Zoo Taiping, MY


Walaupun macam hekeleh zoo taiping ja pun, tapi this is one of the important events in my life sebab ni first trip untuk anak sepupu I. Anak sepupu I tu baru setahun dua bulan, so dia macam excited sebab ada benda yang nanti nak dibuat kenangan bila dia besaq nanti.


A little bit about Syahirah (anak sepupu I), dia ni baby yang paling senang jaga tak banyak merengek, cakap ja apa ja nanti dia dengaq dan paling kuat senyum paling suka tegoq orang. Nampak dia membesaq depan mata is a privilege dan nanti kalau besaq dia lupa I, memang kena piat telinga.












Harga untuk parking RM3 sekali masuk. I park dekat sebelah zoo tu sebab masa tu tak penuh. Kalau nak pergi masa hujung minggu mungkin ramai orang, jangan risau, boleh park dekat depan SERATAS, lepastu nanti takpayah lintas jalan sebab bahaya kan kalau bawak anak anak, masa dari parking depan SERATAS tu, nanti ada laluan bawah tanah macam tu terus tembus pergi depan zoo. 


Ni harga tiket untuk masuk. Kanak kanak bawah 3 tahun masuk free k, so Syahirah masuk free! okay tahun depan kita pi lagi k Syahirah.




Untuk Anak Perak, (IC Perak ataupun alamat tetap dalam IC alamat Perak) dapat 20% discount. Tapi pakcik dekat zoo tu cakap yang orang duduk Larut Matang, Kerian dengan Selama kot dapat 20%. Ala tapi kalau korang orang Perak, tanya je dekat kaunter tu "Cik, saya orang Perak dapat discount tak"



I selalu kesian tengok haiwan dalam zoo tapi untuk educational purpose Syahirah, I relakan diri I pergi zoo. Kalau nak pergi nanti, banyak jugak haiwan haiwan dekat situ maka, jalan banyak. Pakai kasut yang sesuai k anak anak. 





I taktahu nak cakap apa sebab trip ni best, nanti sila la pi melawat zoo Taiping k. Tapi kali ni tempat pameran ular dah takdak, taktahu la memang takkan ada ataupun nanti dia ada lama lama. Selamat melawat Perak!





Ini lah kesayangan saya yang tak banyak songeh ituuu ikut ja didukung sambil tunjuk dekat semua haiwan dan akhirnya tertidur masa tengah cari makan dekat Aeon. Nanti dah besaq, baca entri ni dan nanti I ingatkan betapa bestnya outing dengan dia. 

No comments: