Saturday, April 01, 2017

Fake Account

I baru ja habis baca pasal orang reveal fake account dekat Twitter. Sebenarnya benda benda macam ni dah lama dah kot jadi dan sampai sekarang I masih kagum betapa banyaknya masa diorang dan juga betapa hebatnya diorang ingat fakta fakta tentang apa yang diorang buat untuk account account fake ni. 


Bila kecoh balik pasal fake account, I terus teringat yang sebenarnya dulu pun I terperdaya jugak dengan fake person ni. Dulu takdak social networks so bukan la fake account. 



Masa cuti sekolah dulu, atok I hantar I pergi Summer Camp. Mestilah sebab nakal sangat tu pasal atok I hantar terus pergi Summer Camp untuk insafkan sikit diri ni. Masa first day daftar, diorang masukkan I dekat dorm, lepastu satu dorm tu ada la beberapa orang yang kiranya akan jadi group kita sampai habis Summer Camp ni. 


Ada satu aktiviti ni, diorang akan random pilih peserta lepastu kena pergi depan, cakap apa benda yang pernah dibuat yang buatkan dia menyesal, dan juga apa janji lepas ni. So ada sorang lelaki ni terpilih, masa tu dia dah habis sekolah dah rasanya. Dia cakap la yang dia menyesal dulu dia gangster, hisap dadah, kena masuk pemulihan apa semua dan sekarang dia dah clean. (I tak la nakal sampai macam tu pun atok I dah masukkan kat Summer Camp okay). Dia share ni sambil nangis nangis. I pun macam kagum gila sebab dia dah insaf betul betul punya insaf. 


So balik dorm tu I dengar diorang sembang sembang dekat dalam dorm, I pun menyampuk cakap betapa kagumnya I dengan dia tu. Lepastu kawan sebelah katil I (kita gelarkan dia Ayu)  masa lights off, dia cakap kt I yang dia pun ada sorang kawan macam Lelaki X tu (maknanya yang buat banyak benda dan sekarang dah insaf) I pun waahh kagum lagi sekali sebab I yang tak nakal sangat ni pun tak insaf insaf lagi waktu tu. 


Fast forward dekat hari last Summer Camp, kitorang kena tangkap gambar group lepastu sorang dapat satu copy lepastu tukar phone number lepastu balik. Balik tu tak sampai dua hari I dapat message dari sorang lelaki ni (kita gelarkan dia Taufiq) dia cakap dia kawan Ayu. I pun message la Ayu tanya siapa dia ni. Ayu pun cerita la yang dia dapat number I dari belakang gambar group kitorang tu dan lelaki tu la yang Ayu pernah cerita masa lights off tu.


Taufiq ni serius baik. Sebab mungkin acu acu I kuat buli I, so bila ada lelaki yang lebih kurang umur acu acu I ni baik, I pun teruja la. Tapi teruja macam tu ja la, nak suka lebih lebih kang, dapat tahu dekat atok I, habisssssssss kena repeat Summer Camp sepuluh juta kali. Tapi makin pelik sebab bila Taufiq ni message I ja, mesti dia akan selitkan pujian melambung kat Ayu. Ni jenis pujian macam "Ayu ni baik, cantik, pandai. Untung I dapat kenal dengan Ayu" I siap cakap kot, bagitau ja la kat Ayu yang dia suka dekat Ayu, message I semata mata nak puji Ayu ni boleh, tapi kalau tiap masa, tiap hari, tiap ketika asyik puji Ayu je macam eh hang dah paseipa???


Lepastu senyap daripada Taufiq tak dengar khabar berita. I message Ayu tak lama lepastu ajak jumpa sebab I nak pergi rumah sepupu I kebetulan dekat dengan rumah Ayu (Rumah I dengan Ayu jauh). I cakap la bawak la sekali Taufiq tu sebab dah kawan kawan kan. Ayu pun cakap okay. Seminggu sebelum I pergi, Ayu message I, cakap Taufiq masuk hospital, Ayu tengah jaga Taufiq dekat hospital kemungkinan tak dapat lepak. 


Ni cerita Ayu (Dulu I percaya jugak okay cerita Ayu sebab biasa la hingusan). 

Ayu cerita, Taufiq masa ni tengah on the way pergi mana entah, Taufiq macam nak pitam, lepastu gangster gangster yang Taufiq pernah gaduh dulu sebab Taufiq ni pernah selamatkan Ayu daripada gangster gangster tersebut (kan Taufiq ni dah insaf) (nampak tak betapa pentingnya Ayu dalam hidup Taufiq!!!) terjumpa Taufiq dalam keadaan terhuyung hayang, lepastu diorang ni pukul Taufiq gila gila sebab dendam Taufiq ni belasah diorang dulu. Disebabkan kena pukul tu, Taufiq hilang banyak darah. Ayu jumpa Taufiq dalam semak, terus Ayu call ambulans. Sampai dekat hospital, Dr cakap darah jenis Taufiq takdak stock, so pakcik Taufiq volunteer nak bagi darah. Bila dah settle transfusion, check check, pakcik Taufiq ada HIV (yang dia dapat dari ex wife dia)!!!!!! dan Taufiq pun dapat HIV. Condition makin teruk sebab Taufiq rupanya ada kanser yang dia dah rahsiakan dari family dia sejak lama lagi sebab taknak family dan juga Ayu risau.


I masa tu sedih gila kot kawan I kot kena kanser, kena HIV bukan salah dia. I cakap takpa lah Ayu, nanti I pergi jugak melawat itsokay. Ayu pun cakap okay. Tiba tiba esoknya, Taufiq message I mintak maaf dekat I apa semua. Cakap I jaga diri, tolong jagakan Ayu sebab dia sayang sangat dekat Ayu lepastu puji Ayu sebab jaga dia, suapkan dia, apa apa semua lah. Masa tu I dah macam eh hang ni dah sakit kritikal macam ni pun sempat puji Ayu lagi? Tapi sebab fikir dia sakit kan, tak kisah la, apa apa ja lah.


Betul betul sehari sebelum I pergi rumah sepupu I tu, I message Ayu tanya wad berapa apa semua. Ayu reply lambat, lepastu Ayu reply, yang Taufiq dah meninggal. I pun terkejut lepastu I cakap la nak ziarah kan, Ayu cakap jenazah Taufiq bawak balik kampung. Ayu sekarang ni ada dekat kampung Taufiq. I pun dah redha sebab kampung Taufiq jauuuh dan sedekahkan al-fatihah dekat Taufiq. I sedih okay sampai atok I cakap takpa la nanti kita ziarah family Taufiq bawak la sepupu I sekali sebab I baru teringat Taufiq sama sekolah dengan sepupu I. 


Lepastu I cakap dekat sepupu I, dia dengan Taufiq tu sama sekolah. I cakap tahu tak Taufiq dah meninggal? Lepastu sepupu I cakap macam ni "Siapa tu? Mana ada dalam batch tu nama macam tu" I tak percaya sepupu I lagi sebab sepupu I suka main mainkan I! So sepupu I pun nak buktikan dia tak tipu pergi siasat tanya batch Taufiq tu wujud tak Taufiq kat sekolah tu. Jawapannya, haruslah tak wujud! Masa tu I dah kena kutuk level rendah dah dengan sepupu I sebab beria sedih padahal kena tipu. 


I masih tak puas hati. I pun cakap la dekat dalam taman ni ada nama macam tu? (taman tempat tinggal Taufiq dengan sepupu I ni kecik ja) so sepupu I cakap takdak. I siap pergi tanya kawan kawan sepupu I masa diorang tengah main bola okay. So lepas siasat siasat, gambar yang Ayu pernah tunjuk dekat I tu sebenarnya budak batch sepupu I dan bukan Taufiq. Masa ni I dah kena kutuk level tinggi dah dengan sepupu I okayyy. I dah wow rasa bodohnya diri ini sebab percaya, I try la nak tanya dekat Ayu pasal Taufiq, Ayu cakap dia kalau boleh taknak sembang pasal Taufiq dah sebab its too painful for her dan I pun tak boleh contact Ayu dah sebab Ayu tukar number lepas lelaki tu "meninggal". Ayat Ayu last tu cakap "Taufiq betul betul anggap awak macam adik dia, sorry saya terpaksa tukar number dan juga hilangkan diri sementara sebab kenangan dengan Taufiq kuat sangat. Number ni pun Taufiq yang belikan, saya tak sanggup lagi hidup dalam kenangan dia. Bye Amalina" 


Dan bila dah belajar besar ni, mana boleh suka hati nak buat blood transfusion macam tu ja! 


Sekian sahaja cerita bagaimana Amalina yang naive suatu masa dahulu kena tipu dan masih diperli oleh sepupu I betapa noob nya I masa sekolah dulu sampai boleh percaya benda benda macam ni.


So lepas ni gais, kalau kenal someone tu dalam media sosial ja, tak payah la nak kawan ka bercinta ja kalau kita sendiri ragu ragu dengan kewujudannya. 

No comments: