Wednesday, March 29, 2017

#LOVELIFEST17


(Pronounce : Lovely Fest)

Tahun lepas kecewa sebab tak dapat pergi Hujan10Tahun sebab tiket dah habis (dan jugak broke masa tu). So bila announce lineup Lovelifest ni, dapat tahu Hujan ada sekali dan Hujan perform sejam okay












Masa kami sampai tu hujan dah start turun, so masa ada few performances tu kami duduk bawah hujan sambil dengar lagu fuh harmoni sangat. Basically lovelifest ni Yuna nak buat macam Coachella. Lovelifest jugak family friendly so nak bawak anak anak kecik pun boleh sebab orang bentang tikar je sambil dengar muzik, yang mengelinjat macam kami je berdiri.





Masa ni Masdo tengah perform. Nampak kan diorang ni duduk ja ha macam tu la kiranya boleh chill chill lek lek.





Ni dah Hujan perform. Menggamit memori okay dan I tengok tepi, I tengah berdiri sebelah someone yang layan Hujan jugak masa zaman dahulukala tapi dulu dulu kan, our paths did not crossed lagi. Wow betapa tak terduganya masa hadapan. Antara banyak banyak band indie, I rasa Hujan paling bertakhta di hati eceh sebab betapa gigihnya dari sekolah dulu ikut lagu lagu diorang.


Ingat lagi masa zaman sekolah dulu, masa Hari Anugerah, I sanggup nak skip Hari Anugerah sebab nak pi gig dekat Ipoh. Tapi tak skip sebab takut kena hambat dengan atok. Habis ja penyampaian hadiah nama I, I terus lesap berdesup pi tukar baju lepastu naik bas pi Ipoh.


Sampai dekat Ipoh, tengah dok layan layan band band sementara tunggu Hujan perform, acu acu call cakap diorang ada dekat PC Fair masa tu PC Fair buat dekat sebelah gig. Eleh cakap ja la nak spy I zzzzz. Masa Hujan perform tu tengah hujan, dengan tak kisahnya sanggup berhujan tengok diorang.



Lepastu pergi lagi gig gig lain tapi jarang sebab masuk asrama hanya mampu layankan ja bila kawan kawan call ajak pi gig, tapi I duduk dekat asrama depan dorm dekat dengan ampaian dengar MP3 lagu lagu Hujan layan perasaan sorang sorang. Pi UK, kekonon nak pi Hujan UK Tour, tapi tak sempat. Tapi bila balik sini, bila pi gig, rasa wow dah tua dah dan mungkin dah kena slow slow berhenti dan settle down dengan lagu lagu kat youtube ja.



Balik dari Lovelifest pun I naik allergy reaction taktau pasaipa mungkin sebab berhujan berpanas dari pagi sampai malam lepastu duduk sat atas rumput malam tu kena telan ubat terus #TuaDahSedarDiri.





Kudos to Yuna sebab terfikir nak buat macam ni openspace dan juga dekat dengan mall yang senang nak pi solat. Walaupun ramai terok dekat surau tapi senangkan kita tak payah nak fikir nak pi solat mana.


Walaupun tiket agak mahal la jugak, tapi the experience, worth it. Mungkin juga ini antara gig gig terakhir I? Mungkin? We will never know.


Tidak dilupakan, terima kasiiiihhhh untuk peneman diri ini yang paling cool dan paling rileks tak banyak karenah langsung.




No comments: