Adopt Don't Shop - AFrhn

Sunday, March 05, 2017

Adopt Don't Shop


I went out of the house and I heard a tiny meow and found a kitten underneath my friend's car! Disebabkan rasa kesian, I amik keputusan untuk jaga anak kucing tu, lepastu terfikir kat diri sendiri "okay lepas dia dah besar boleh cari makan, lepaskan dia dekat luar rumah ni"


sampai lah I nampak anak kucing kena langgar menggelupur nak mati. Terus tak jadi nak lepaskan anak kucing I dan jadikan dia kucing I terus bukan stray cat lagi. I jumpa kucing I ni masa dia keciikkk tengah menyusu lagi, rasanya mak dia lupa kot letak dia dekat mana.

So here's a few tips on how to take care of kittens yang tengah menyusu lagi

1- Belikan susu yang khas untuk kittens tau. jangan beli susu yang kita minum tu tak sesuai untuk kittens. I beli sekali botol susu baby terus sebab botol susu kittens tu dia taknak minum. Susu kena room temperature tau! Baru lah fefeeling macam ibu kucing yang susukan. Kittens kena minum susu selalu sebab ye la nak besar kan.







2- Ajar diorang basuh cuci badan sendiri. Lap lap guna kain apa semua. My kitten already knew how to berak, so tak payah ajar. Kalau ada sesetengah anak kucing tu, kena ajar.

3- Letak pasir kucing. Melentur buluh biarlah dari rebungnya maka dari kecik terus ajar berak kat pasir supaya dia boleh associate pasir kucing = berak. Bukan sofa = berak.



Bila dah confirm nak jadikan anak angkat, I pun bagi lah nama. Nama dia Simba sebab ingat dia jantan. Dia melasaaakkkkk perghhh lepastu baru dapat tahu dia sebenarnya betina zzzzzzz.


GARANG GILA OKAY!




Simba masa kecik kecik macam macam masalah. Sebab dia stray cat kan, dia senang sangat sakit, dia sakit mata lah, kepala dia macam ada kurap sampai dekat atas kepala dia tu takdak bulu langsung! Hari hari lumur kepala dia dengan cream himalaya beli dekat petshop. Kos nak sihatkan dia mahal jugak, tapi apalah sangat mahal itu berbanding kasih sayang yg dia berikan. Gitu!





Simba susah sangat nak gemok masa membesar, nampak macam tak bagi cukup makan sangat tau. Lepastu bagi dia multivitamin, ubat cacing semua tu makin lama makin dia membesar dengan jaya nya! dan pemalas jugak




The thing is, you give love to the strays (especially), they will give you unconditional love. Hari hari kalau balik rumah, dia sambut okay dekat depan pintu. Dengar je bunyi kunci, dia dah sedia tunggu depan pintu. Walaupun dia tunggu sebab nak makanan tapi itsokay I anggap dia sayang je la. 


Kucing jalanan makin bertambah sekarang ni, kesian dekat kucing kucing tu. Siapa yang mampu nak jaga kucing, instead of buying, why not adopt as well? Okay la kalau nak beli jugak, do adopt as well sebab they deserve a home. They deserve a family. 

Dan untuk owner kucing, jangan buang kucing kucing kalau dah makin banyak, neuter/kasikan diorang. Nanti in the next post I will share about the cost, and how to take care post operation. 





Search hashtag dekat Twitter #ProjekKucingAngkat



Semoga makin kurang stray cats dekat Malaysia

No comments: