Thursday, October 20, 2016

[TRIP] of Amsterdam, UK and missed flight


Amsterdam

  • Rasanya ni trip paling main redah yang pernah aku buat setakat ni. Basically flight aku macam ni Penang-KLIA-Amsterdam-Manchester. Sampai rumah, letak barang lepastu unpack sikit sebab nak transfer baju dalam bagpack dan esoknya tu Liverpool-Amsterdam. Penat dia pergh malam tu tidur tak bangun sampai subuh!
  • Kalau diberi peluang, negara outside Malaysia yang aku nak kerja is Amsterdam kot? 
  • Pagi nak pi kerja, petang balik kerja, semua bawak basikal laju seperti tiada hari esok, main phone pun boleh lagi kayuh basikal laju laju. So basically kalau pi Amsterdam, sila lah lintas jalan berhati hati 
  • Coffee shop dekat Amsterdam basically for you to smoke and purchase weed. Ada sekali aku masuk coffee shop sebab ofcourse la aku membayangkan coffee shop, masuk masuk wow ramainya mata memandang kerana aku sangatlah out of place berada di situ.
  • Told my Abah about the incident, he literally laughed sampai menangis. K
  • Kalau makanan halal ada few kebabs shops kot aku nampak? Aku end up pi cafe yang jual makanan vegetarian ja sebab I so lazy to cari halal shop.
  • Tandas awam aku jarang nampak seperti bersepahnya di merata rata ataupun aku yang tak nampak. Kalau pi tandas McD pun, kena bayar 50cent rasanya? 
  • You basically have to walk everywhere kalau nak best, tram ada tapi sebab aku takut sesat jauh sangat, aku gunakan map sahaja untuk pi tempat tempat. Lagipun diorang punya signs semua okay.
  • Banyak benda boleh tengok dekat Amsterdam yang lain dari negara lain. You just have to open your mind and learn ja kot? yang buruk tu boleh la tolak tepi, semua kehendak masing masing gittew.






UK

  • Dah tak balik dua tahun makanya kerinduan itu menggunung jugak la.
  • Setiap kali dekat UK kecuali masa Summer ja aku tak perlukan mosturizer, selain Summer, aku perlukan mosturizer setiap masa di mana jua dan aku akan breakouts teruk wuwuwuwuuwuwu
  • Siapa tahu macam mana nak hilangkan parut jerawat kerana sesudah breakouts haruslah tangan ini gatal
  • OH! Peringatan dekat adik adik yang pemalas macam aku, sila lah amik transcript ssudahnya keluar, sebab macam aku, perlukan transcript A-Levels yg original, pi ja kolej, depa kata dah hantaq balik pi Exam Board, maka dengan itu, haruslah apply balik dekat Exam Boards (sebab aku ada dua exam boards) dan itu adalah menyusahkan. Tahniah Amalina!
  • Balik kampung pi jumpa makcik makcik dan pakcik pakcik untuk ziarah menziarahi.
  • Basically, luangkan masa dengan Ma Abah sepanjang kt sana (dan jugak melawat kawasan lain) hahahahahahaha 



Aku nyaris tertinggai flight Amsterdam-Manchester. Berlari sampai macam nak menangis sambil berlari memohon supaya tak tertinggai flight. Sedih k. Oh, aku tertinggai flight masa sampai dekat Malaysia (flight KL-Penang). Terpaksa lah aku berkampung dekat KLIA sampai next flight (dan jugak melayang duit) (sampai Malaysia ja teruih melayang duit) (pft)


The moral of the story kids, walaupun nanti depa bagi banyak alasan, hang bekeras ja hang nak luggage hang hantaq sampai last destination. Dan juga, kalau boleh transit ja lama sikit sebab walaupun penat tunggu next flight, tapi at least tak berkejaq sangat.