Monday, October 24, 2016

#Braceface



Sedar tak sedar dah dekat 11 bulan dah pakai braces. Plan nak pakai braces ni dah lama dah sebenarnya tapi dulu dulu selalu in denial sebab kononnya ah gigi dah cantikkkk (padahal bersepah). Serious talk, ada la dalam 5, 6 tahun aku dah postpone pakai braces ni sampai last last kekuatan tu terbit sendiri gittew (setelah nampak video sendiri lepastu terkejut wow bersepahnya gigimuuuuu).


Kronologi nak pakai braces ni amatlah menyedihkan dan memenatkan. Selama 5, 6 tahun lepas, kronologi dia mesti macam ni ; pergi jumpa dentist > buat acuan gigi > dentist terangkan kos, procedure, dan kena cabut berapa batang gigi > dapat tahu berapa batang gigi nak kena cabut, mesti cakap dekat Dr, okayyy nanti next appoinment lah macam tu > HARAPANNN! DAH MEMANG TAKKAN PERGI DAH BALIK!!!





Lepastu nanti rasa nak buat balik braces, ulang balik k kronologi di atas. Setiap tahun selama 5, 6 tahun tu, mesti at least sekali aku buat perangai macam tu sampai family aku fed up dengar cerita nak pakai braces aku. Setiap kali ayat "Rasa nak pakai braces la" semua orang akan tak layan aku dan akan cakap cerita nak pakai braces ni dah basi.


Finally, tahun lepas aku dapat kekuatan, masa aku dapat kekuatan tu, aku terus buat appoinment pergi dentist terus aku book nak pasang braces. TU PUN LEPAS PASANG BRACES AKU MASIH RASA NAK BUKAK BRACES K! Sampai lah dah rongak 4 batang baru aku diam nak bukak braces sebab kalau bukak braces aku akan forever rongak so itu ja yang jadi motivasi aku.


Sepanjang pakai braces ni, antara soalan yang aku sering terima ;

i- "Sakit tak pakai braces?"
ii- "Tu braces betul ke ataupun yang fake braces jual dekat ig tu?" 
iii- "Laaa gigi dah teratur dah kenapa pakai braces lagi?"

di mana jawapan-jawapan aku ;

i- "Pakai tak sakit. cabut gigi ja sakit" sekarang ni aku upgrade pulak "Cabut gigi dengan bila depa pasang elastic band sakittttttttt"
ii- "Braces betoi" *sambil tunjuk gigi rongak*
iii- "Ni dah dekat setahun dah pakai, tu gigi teratoq, kalau tengok sebelum pakai, masyaAllah"



Rasa macam nak upload gambaq sebelum pakai dengan setelah 11 bulan pakai, tapi macam pulon sangat maka kita lupakan hasrat tersebut sebab aku sendiri tak percaya gigi aku 11 bulan yang lepas macam tu. I cannot say the pain semua worth it tapi buat masa sekarang, setiap kali aku sakit gigi, aku akan ingatkan diri aku berapa banyak duit aku dah habis dan juga sapa suruh gatai sangat nak buat braces. Tapi bila hilang sakit tu, aku menyesal kenapa aku tak buat braces dari awal awal lagi.



2 comments:

Hanis Amanina said...

dilema sangat ni amalina :D

teringin nak pakai tapi ada satu je gigi tersasar dari landasan, taktaw la berbaloi ke tak haha

anyway tahniah! setahun tu dah a great achievement taw. another question boleh masuk FAQ, berapa lama kena pakai braces eh?

hanisamanina.com

amlnafrhn said...

Hahah hai! kalau rasa sanggup tanggung kesakitan, semua tu will be worth it!

Kita kena pakai 2 tahun, so another year to gooooo