[TRIP] Melaka, MY - AFrhn

Saturday, February 20, 2016

[TRIP] Melaka, MY




(entri panjang)



Dah pukul 3.30 pagi dan I masih tak boleh tidur maka I buat keputusan nak update pasal #TFRoadTrip masa November lepas. hahaha kerja bertangguh biasa lah, dah nak habis sem ni baru nak teringat.


Sepanjang dekat sini, kami takdak cuti yang panjang, lepastu kalau cuti sem pun mesti semua orang nak balik kampung sebab memang takdak celah pun nak balik masa tengah sem. Memang jarang pun dapat cuti banyak, tapi ditakdirkan November haritu ada cuti panjang sikit (aku lupa sebenaqnya cuti apa) so kami buat impromptu plan yang tiba tiba ja "pi Melaka nak?"


maka ke Melaka lah kami sebab biasa lah, plan yang mengejut ni selalunya menjadi berbanding plan yang lama berzaman siap cari pakej yang terbaik last last tak jadi. Kami dekat Melaka satu malam jerrrr sebab impromptu plan maka duit pun impromptu lah hahahahaha tapi cukup kot and worth it bagi kami.


(gambaq tak transfer banyak sebab malas)


Kami sampai awal sebab kononnya kami nak letak barang dulu dekat bilik. Sampai ja Banda Hilir (masih tak boleh move on kenapa Banda instead of Bandar?) orang hotel cakap boleh check in pukul 3. Masa tu awal lagi sebab kami semangat sangat maka kami pun mengambil keputusan untuk jalan jalan dulu kat Jonker Walk. Sampai ja Jonker Walk, sebab hangat lepastu kami nak mengembara segenap pelusuk Jonker Walk dan area berdekatan, kami pun pergi lah sewa basikal.







JT cycle kot nama kedai tu. Masa kami pergi tu, kami dapat RM5 untuk dua jam. so kayuh lah sampai puas. brader kedai tu pun friendly sangat dan helpful semua. I bawak beg galas tepi so nak kena letak dalam raga lah beg tu kan, dia kelam kabut datang dekat I bagi kunci basikal supaya kunci beg I tak kena ragut. 


(hahahahahaha buruknya naik basikal hahahahaah i cannot believe this)


Masa mula mula kayuh basikal tu, I macam awkwardnyaaaaa macam mana nak kayuh entah dah lupa? tapi kejap ja la lepastu boleh je kayuh seperti dahulu kala. masa kayuh basikal tu, kami terlepas sampai mana entah tapi yang pastinya we found out ada pantai so kayuh lah kami ke pantai tersebut maka terhasil lah gambaq bajet bajet ombak rindu inii





It started to drizzle lepastu kami pun decided nak hantaq balik basikal tu sebab malam tu ada agenda lain lagi. lagipun masa tu dah dekat pukul 5 lebih so by right bilik dah boleh masuk, maka kami pun balik lah ke bilik kami (tapi sebelum balik sempat lagi singgah mini mart sebab nak beli megi, lapaq k walaupun malam tu nak pi makan dah) (walaupun sebelum singgah mini mart tu aku dah hentam makan aiskrim) (#Food4Lyfe)


pukul 8 macam tu, lima manusia kelaparan mula lah perjalanan ke umbai, kami pi restoran parameswara. memang plan dah nak makan seafood ja dari sebelum sampai Melaka tu. kami mintak bantuan Lina sebab dia memang boleh tukaq jadi penduduk tetap Melaka dah sebab dia selalu sangat pi Melaka. No waze no problem, Lina is waze.





(gambaq makanan kena besaq)


ini lah hasil pilihan I, ini untuk lima orang makan. kalau yang tak pernah pergi lagi, nanti korang kena beratur dekat depan tu, lepastu pilih la benda apa korang nak macam dekat pasar. literally pilih sendiri lepastu dah pilih, nanti ada orang akan timbang lepastu tanya korang nak masak apa dan ada apa apa lagi korang nak tambah tak.


yang kami punya ni ;

siakap sweet sour, tomyam ayam, kangkung goreng belacan ke ikan masin entah lupa pulak, ketam masak sambal, butter prawn dengan sotong goreng tepung (sedap gilaaaaaa okay). Malas nak suruh teka berapa ringgit, total ni semua termasuk nasik, air, RM159 ada sen sen so kiranya RM160 la. yang ada allergik tu tapi gatal jugak nak makan seafood (aku la tu) pepandai la ya bawak diri bawak ubat, jangan lupa pulak ubat tau (I la jugak tu).



habis tu kitorang pergi balik jalan jalan dekat Jonker Walk. masa tu night market diorang tengah nak tutup dah pun tapi tak kisah pun sebab kami nak jalan jalan ja. it was a weird and scary experience for me kot sebab selama ni masa dekat UK dulu, nampak orang mabuk still takut tapi macam alah lepak ah matsalleh kot so tak kisah pun. tapi the whole new perspective when I see Malaysian (you got what I mean anyway) yang mabuk. 


Up until one point we were scared sebab ada this one man shouted at me and Lina (dia mabuk k no doubt) masa kami semua lalu dekat Hard Rock Cafe "datang la sini! sini la! tinggalkan je balak korang tu! Woi!!!!!" lepastu kitorang jalan lelaju dan tak toleh sikit pun. so kalau yang perempuan tu nak pergi Jonker Walk time malam, pastikan ada lelaki kot and in a group. 



I cannot advise you jangan itu jangan ini sebab I have a very limited experience travelling in Malaysia, tapi kalau malam tu elakkan sorang sorang lah kot tak kisah kat mana mana. kalau terpaksa sorang pun, pergi dekat tempat yang ramai orang, stay in the crowd gittew. and be alert always. ni serius kena be alert always, jangan too engrossed dengan phone ka apa apa ka, be alerrtt gaisssssssss.



Walau apa apa pun the view pergh cantik k


okay dah lepastu balik tidur. tidur awal sebab bilik takdak wifi dan takdak line. Maxis ja la takdak line pft. 


(sebenaqnya aku lupa masukkan kami naik cruise, so yeah kami naik cruise tapi tengah hari sebab malam tu kami busy nak makan)




our second and last day ni tak banyak aktiviti tapi it was still fun.


lepas breakfast (kat luar sebab hotel tak provide breakfast) kami check out. lepas check out tu straight pergi klebang terus. kena jalan sikit untuk pergi ke bukit bukau yang diperbuat daripada pasir itu. disebabkan hari tu hari isnin, tu sebab kot ada orang tapi tak ramai. so kami dekat klebang tu lama jugak la sampai semua orang sunburn. 



panas gila not even kidding.


oh be careful dekat sini sebab ada certain part boleh bagi tayar tenggelam. masa nak balik tu ada kereta yg stuck dekat sini, the boys pergi tolong pun tak boleh buat apa so orang tu kena panggil bantuan jugak. 






balik dari pantai klebang, mesti lah pergi singgah..............................coconut shake klebang! it was okay kot tapi ramai orang lepastu rasa macam ofcourse la nak tgk apakah yg bestnya coconut shake di sini berbanding di tempat lain. Masa ni semua dah macam penat sikit so lepas habis habis tu, kitorang decided dah habis dah kot dekat Melaka buat masa tu, so on the way balik Shah Alam, kitorang plan singgah PD (penat pun tapi dah alang alang kan hik)




sebelum pergi pantai dekat PD, berhenti makan dulu dekat kedai nama apa taktauuu tak ingat tapi ada Cowboy depan dia. masa kami pergi tu memang menu nasik ayam bakar dengan air tembikai. maybe itu memang menu yang tetap ataupun hari lain ada benda lain lagi wallahualam I don't know. 



lepastu pergi pantai dan baliiikkkkkkkk. 




Kami selamat sampai malam macam tu dekat Shah Alam, pergi dinner dekat area rumah lepastu balik dan battery semua orang terus flat. Nanti kan pulak update untuk roadtrip aku sendiri yang dah berlalu dan juga #TFRoadTrip yang bakal tiba tak lama lagi insyaAllah. (wakakakaka tu pun kalau rajin nak update. entah entah berbulan jugak)


p/s : memang gambaq bila upload kt blog jadi tak cantik ka?


Sekian lama dah tak tulis entri panjang, aku tak tau macam mana nak closing entri ni. so, bye? camtu kot. okay, bye!