Monday, September 04, 2017

Janji


Ada banyak janji yang I dah buat dengan diri sendiri contohnya nak bagi blog ni ada banyak benda yang boleh bagi manfaat kat orang. Macam nak buat review buku buku supaya orang boleh beli buku dan jadikan amalan membaca amalan mulia.

Tapi tu lah. My life is at a weird point at the moment so semua benda macam kelam kabut dan tak tentu arah. Nak baca buku dan buat review dekat blog tu dah banyak sangat dah draft tapi nak publish tu tak publish publish lagi.

Dan sekarang ni I dah langgar satu janji I ; nak bagi benda manfaat ja dekat blog ni sebab dengan published nya entri ni, ni adalah entri yang tidak bermanfaat langsung.

Sunday, August 13, 2017

Finally


Rasanya, event ni layak mendapat satu post khas di sini supaya nanti I boleh tengok balik dan kenangkan event ini.


07/08/2017 was the day I finally graduated!!! Mungkin macam hekeleh graduation ja pun tapi masa graduation tu, masa orang tengah berucap (nampak sangat tak fokus) I tiba tiba imbas balik apa benda yang jadi selama ni dan Alhamdulillah I sat there in the chancellor hall witnessed by my family members dan juga di sisi orang orang yang penting dalam hidup I. 


It was a roller coaster journey for me sejak lepas SPM dan 07/08/2017 tu macam bagi I sedih sikit sebab with my family punya doa, support kawan kawan dan dengan izin Allah, I GRAD OKAY!


Thursday, July 27, 2017

Suntikan HPV sakit tak?


Tahun lepas dah ada dah suntikan HPV yang free ni tapi tahun lepas tu, tahun kelahiran I tak termasuk dalam yang bertuah untuk dapat suntikan free. Dengan kecewanya I konon konon nak simpan duit untuk ambik suntikan sendiri (maksudnya bayaq sendiri la). Tapi sebab mahal, simpan duit tu macam slow sikit.

Tiba tiba dapat tahu tahun ni tahun kelahiran I layak dapat suntikan okayyyy betapa gembiranya hati ini. Okay sebelum tu nak bagitau syarat syarat dapat suntikan HPV free ni.